CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sembunyi 3 Dalam 3


Saya merupakan pelajar di sebuah institusi yang terletak di pinggir ibu kota. Saban hari, berita mengenai kes rogol, buang bayi, dera, bunuh dan sebagainya telah menjadi halwa telinga dalam kalangan masyarakat.
Di sebalik hidangan kepesatan teknologi yang semakin membangun, dibumbungi oleh bangunan pencakar langit yang gah berdiri, disulami pelbagai kemudahan kelas pertama, masyarakat kini semakin lupa kepada akhlak yang dianjurkan oleh Islam.
Masih terdapat sebilangan masyarakat yang berfikiran kelas ketiga dan tidak berperikemanusiaan walaupun dalam perkara yang kecil yang sepatutnya difahami oleh segenap masyarakat berbilang kaum. Lebih terkilan kerana ia melibatkan kaum Melayu yang beragama Islam. Di manakah pegangan kita wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian?
Hal ini berlaku ketika saya ingin ke kelas di tingkat empat di sebuah kuliah yang gah dan berprestij di institusi saya. Penat berjalan dari asrama yang terletak jauh membuatkan saya lega apabila tiba di lif yang dikhususkan untuk staf dan wanita mengandung.
Menjadi kebiasaan pelajar menaiki lif tersebut kerana kelas terletak jauh di atas. Kedudukan tangga juga agak tinggi. Namun, keutamaan tetap diberikan kepada golongan yang dikhususkan.
Selepas itu datang seorang perempuan mungkin salah seorang staf di kuliah tersebut, dalam lingkungan 30-an. Dia menegur saya, "Are you staff?" Lalu saya menjawab, "No". Dengan nada sedikit bongkak dia berkata "So, go upstairs".
Saya cuba menerangkan kepadanya namun tidak dihiraukan, "I don't care, go upstairs!" Padahal hanya terdapat saya dan dia yang berada di situ. Lalu dia masuk ke dalam lif dan menutupnya tanpa menghiraukan saya.
Di manakah perginya sifat belas kasihan sesama insan? Kenapa ia berlaku di sebuah institusi Islamik yang menekankan Islamization of Knowledge dan kata-kata hikmah yang terpampang di merata-rata? Adakah knowledge dan akhlak hanya dibahaskan dalam kelas semata-mata di kalangan pelajar?
Saya bukan bercakap mengenai undang-undang tetapi sifat perikemanusiaan yang Allah kurniakan pada hati setiap insan. Saya kira makcik cleaner yang bertugas lebih berbudi bahasa dan berperikemanusiaan.
Allah Menyembunyikan 3 Perkara Dalam 3 Perkara

01.Allah menyembunyikan redha-Nya dalam ketaatan hamba-Nya kepada-Nya.
Oleh itu, jangan memperkecilkan apa jua bentuk amal kebaikan, manalah tahu di situ terdapat redha-Nya.
02.Allah menyembunyikan kemurkaan-Nya dalam kemaksiatan hamba terhadap-Nya.
Oleh itu janganlah engkau mengambil mudah setiap kemaksiatan walaupun ringan, manalah tahu di situ terdapat kemurkaan-Nya.
03.Allah menyembunyikan wali-Nya dikalangan hamba-Nya.
Oleh itu jangan engkau hina siapa jua kerana manalah tahu itu adalah wali-Nya.
Dengan itu, saya menyeru kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat agar mengamalkan akhlak yang baik kerana kita membawa imej Islam.
Janganlah terus bongkak mendabik dada hanya kerana secebis nikmat  dan pangkat dan kedangkalan ilmu  di dada.
Jadilah seperti resmi pada, semakin berisi semakin tunduk.
Semakin kita menuntut ilmu, semakin terserlah kekerdilan, kejahilan dan kelemahan di hadapan Allah seterusnya terus tunduk patuh di hadapan Allah.  


P/S : BERFIKIRLAA 

0 comments:

Post a Comment