CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

tomorrow isn't guaranteed.

Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) 

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^

Wahai para gadis yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu.
InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya.
Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik buatnya.

Comeback!

                 hye shayang !!! 
ape khabar , rindunye nak update blog ..  agak- agak sempat lagi kot nak wish 'SELAMAT TAHUN BARU 2012'..
Bermulaa , azam baru dan kehidupan baru , aaceeeh !!! ayat tak boleh blaaa .. u (^_^) 
                 Bermula , kisah hidup aku yang serba baru dgn kehadiran anak-anak murid disekolah , dan kerjaya aku seorang guru yang penuh kesabaran dan ketabahan yang ade pade diri aku untuk mencapai cita2 itu ..   
                 SELAMAT PAGI ADIK2 ..
                 APA KHABAR ADIK2 HARI INI ..   
Terpancar wajah semangat mereka ..


Koleksi photo :



~EID 2011 VS MERDEKA ~

    ASSALAMUALAIKUM ..
 Alhamdulillah . selamat sudah kita berpuasa . rasa sedeh bila Ramadhan meninggalkan kita semua . hoping to see you next year ;) yeayeayeyaya esok RAYAlah  .. Haaha .. bila di fikir kan , qyla x ade mood langsong nak raya coz x thu laa , maybe cuti sekejap kemungkinan RAYA tahun nie sekejap je kot .. haha 
 Tapi x ape walaupun x ade mood nak RAYA tapi jgn x percaya ngn gambar2 yg qyla akan tunjuk nie .. heheh (^_^) ..








            SELAMAT HARI RAYA .. semua sorry lambat update (^_^)
heheh .. MERDEKA !!! (^_^)

SELAMAT HARI MEMBESAR NUR AQILAH



hye assaalammualaikum .. hari nie 25 ogos 2011 , genap sudah umur saya 19 tahun .. huhu rase mcm x percaya yang qyla sudah besar ..qyla rase bersyukur atas nikmat yg allah bagi selama 19 tahun qyla ddk dibumi yang nyataa , ini dengan penuh rahmat n baraakaah :) .. x lupe jugak yang wish qyla kat FB mahu pown tweet n skype qyla rase terharu sngat2 dengan wish yg korang bagi pade qyla .. tadi dan semalam sebelum jam 12 am ^_^
Thank you so much , pada yg wish qyla ..
may allah bless u dear ^_^



kalo ada jodoh saya nak kahwin mcm nie boleh tak ??

Kalo ada Jodoh .. kita Jumpe Lagi

     Assalamualaikumm .. semua waa ! seronoknya dapat update2 blog da lama rasenya x mengupdate blog ni .. hehe ..
  Hari ini saya selaku puan punya blog ,nak 'UCAPKAN SALAM RAMADHAN PADA KAWAN2 BLOGGER ' Untuk tahun nie mntak2 tiada masalah untuk kite berpuasa penuh yee .. hehe .
Add caption
  

~Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin ~

    assalamualaikumm ..
Hari ini saya cik puan blog tibe2 dapat idea untuk bercerita , tentang 'BERCINTA SEBELUM vs SELEPAS KAHWIN ' mane yg sweet sebenarnye .. ape pown kalo korang nak tahu sila2 la , bace yee .. heheh ^_^ ..


             ~Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin ~



    Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).