CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

M.I.S.I.U.N.T.U.K.K.E.C.I.L.K.A.N.P.E.H.A

                ASSALAMUALAIKUMMM .. 
Hari nie saya nak mengarang untuk misiuntukkecilkanpeha .. nak tulis besar2 segan .. huhukk . Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear(saya lah 2 orang nye )hehhek. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau 'walkathon', dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda?






ADA SEPERTI INI :



1. 'Kerusi bayangan'

Berikut adalah panduan untuk senaman "kerusi bayangan":
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa 'duduk'.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.




2. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!..HATI2 .jangan sampai terjatuh pulak ! hehehk


3. Melompat di atas trampoline


Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)



p/s: saya harap senaman ini jugak dapat menyihatkan diri sendiri ^_^ . yg mcm buah pear nie .. hahah.SELAMAT BERAMAL !

BERCERITA TENTANG JODOH

  Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha,Jodoh Urusan Allah,isteri yg amanah,cantik itu relatif dan subjektif dan akhir sekali .. jadi orang baik dan pilihan orang baik ..




"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."






p/s :ini hanya la direka untuk dibaca oleh , followers saye ^_^

L.U.H.U.R.B.U.D.I.M.U.A.Y.A.H


Ketika kecil, ayah dan ibu merupakan orang yang paling rapat dengan kita. Ayah dan ibu juga adalah orang yang paling penting dalam kehidupan kita. Apa sahaja yang ingin dilakukan pasti bergantung pada keizinan mereka. Lirikan tajam mata ayah misalnya sudah boleh membuatkan kita susah hati. Kata-kata ayah,"itu tak boleh" menjadi pegangan kita hingga dewasa.
Ayah, abah, walid, papa dan apa jua panggilan yang diberikan merujuk pada lelaki yang bertanggungjawab dalam mengembang biak umat Nabi Muhammad ke atas muka bumi ini. Sungguhpun di dalam Islam kedudukan ibu jauh lebih tinggi berbanding bapa, namun hak sebagai seorang bapa juga perlu diakui oleh anak-anak. Tiada mereka bererti tiadalah kita di dunia ini.
Seorang lelaki bernama ayah sama juga seperti ibu, tidak pernah jemu melayan anak-anak. Seboleh-bolehnya jika si anak meminta apa sahaja pasti ayah akan berusaha untuk mendapatkannya. Itulah ayah kita... Dalam meniti usia senjanya, mungkin seorang ayah punya banyak masa untuk mengenang kembali saat anak-anak membesar di tangannya. Dan kerana itulah, ayah kita sering terbawa-bawa oleh perasaannya. Sama juga seperti ibu, anak-anak seharusnya janganlah melupai lelaki bernama ayah itu. Budinya cukup banyak. Jasanya tertunggak.
Masa berlalu ada kalanya menyebabkan hubungan sedia ada kian menjadi dingin. Hambatan masa menyebabkan kehadiran seorang ayah bagaikan dilupai oleh si anak. Kesibukan tugas sehari-hari menjarakkan lagi rasa kasih dan sayang anak sedangkan rindu si ayah bagaikan sudah tidak dapat ditahan-tahan. Kepada siapa hendak mengadu? ... 
kakak sayang ayah sgt2 .. kalo ayah x ade akak x kan wujud didunia nie ..I LOVE U AYAH !!

G.E.R.H.A.N.A

              Massyaallah , 1 fenomena yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan sepenuhnya akan berlaku esok (khamis)16 jun 2011/ bersamaan 14 Rejab 1432 ..
      Ketua pengarah jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM), Berkata fenomena itu dijangka  berlaku antara pukol 1.25 am sehingga 6.59 am ..
“Ibadah sunat seharusnya ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” .. insyaallah .

Jalan-jalan cari makan ..

    Hari nie akula orang paling seronok nak g jalan2 and shoppingla katekan .. 
 ayah dengan 2 adik laki2 aku sibuk tgh berfikir nak makan apa la , setelah penat melayan anak perempuan @ kakak dia sorang nie g shoopping .. hehehehkk ..Dibawah nie gambar seorang gadis yg haappy setelah banyak kedai dia masuk semua x kene , hahaha. akhir ye jumpe gak hanbag yg sesuai .. dengan mata yee..(hehehkk aku la orangya ^_^)
tengok 2 muke kegembiraan laa kate kan .. hahahah..






OMG !! INI LAA BIG APPLE .. yg sgt syok bile makan .. huhukk yummy !!

syukran ayah n ibu .. ^_^



p/s: alamak ibu nape gambar ibu x dok ??

PURDAH

  Salam , semua hari ini saya nak cerita tentang 'PURDAH'saya sendiri pun x tahu kenape dengan hari nie .. tertarik sangat2 dengan 'PURDAH',why ?? saya sendiri tidak ade jawapan yee ..
masyallah bila saya memandang kearah orang yang memakai purdah itu sungguh sejuk rasa nya bila lihat dengan mata 4 saya nie ..
  DENGAN INI SAYA NAK KONGSI BERITA TENTANG PURDAH DIKAHERAH ..


 KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi kelmarin akan melarang pelajar perempuan memakai purdah di kelas dan asrama dalam kawasan pusat pengajian Islam itu.
Keputusan pengharaman itu diumumkan menerusi satu kenyataan daripada Majlis Tertinggi Al-Azhar.
Namun, beliau menjelaskan pemakaian purdah itu tidak dilarang di perkarangan Universiti Al-Azhar sekali gus memperbetulkan laporan media sebelum ini yang mendakwa bahawa larangan tersebut dikuat kuasa di semua kawasan kampus.
"Majlis Tertinggi Al-Azhar memutuskan untuk mengharamkan pelajar dan guru daripada memakai purdah di dalam kelas wanita yang diajar oleh pengajar wanita.
"Larangan itu diperluaskan di asrama wanita dan sekolah yang bersekutu dengan universiti," kata kenyataan universiti berkenaan.
Akhbar-akhbar tempatan pada minggu lalu melaporkan Mohammed Sayyed berhasrat untuk mengharamkan amalan pemakaian purdah di universiti itu.
Mohammed Sayyed berkata, tindakan itu dilakukan bagi membetulkan fahaman agama sempit di kalangan golongan wanita.
Kebanyakan ahli akademik berkata, purdah merupakan satu budaya yang diamalkan dalam masyarakat yang tinggal di gurun Arab sebelum kedatangan Islam..
   masyaallah .. kuat yee semangat mereka untuk berilmu ..



P/S:SUMBER diatas nie saya copy dari halaman sosial lain ..

Tragedi yang mengejutkan MALAYSIA ..

  Salam ,hye guyz da lame ye.. x tulis n gosip2 kat blog nie . huhuk . gurau jee . hari nie qila nak mulekan story qila dengan 'tragedi yg sangat2 sedih ' yang berlaku MAY 2011 lepas . semua orang x akan menjangke kejadian itu akan berlaku sekelip mata meragut 16 nyawa di 'RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK HIDAYAH MADRASAH AL-TAQWA'
di hulu langat, iaitu lokasi tanah runtuh .  
   AL-FATIHAH , UNTUK MEREKA YANG TERKORBAN .. 


nie gambar yang dapat qila kongsi .. sikit sebanyak tentang kejadian tanah runtuh .. 
             YA ALLAH  YA TUHANKU ,
             AMPUNKANLAH DOSA-DOSA MEREKA.
             CUCURILAH RAHMAT KE ATAS MEREKA .
             YA ALLAH YA TUHANKU ,
SEMOGA ROH MEREKA INI DITEMPATKAN DITEMPAT ORANG-ORANG YG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH .. AL-FATIHAH ..